Kadang-kadang saya pelik dengan sesetengah manusia ni. Bila nak bercakap bab Islam, bab nak menyeru manusia berbuat kebaikan, mesti guna ayat-ayat yang bernada negatif, tak pun bernada serong atau menyindir.
Contohnya:
"awak..? bca dlu bwu taw..xsmpai 2 minit pon.." - Macamlah semua orang di dunia ni tak suka benda-benda baik.
"Forwardkan lah kalau betul betul kawan sejati" - ayat bernada separa mengugut. Sama sekali bertentangan dengan imej dakwah.
Saya tidak tahu kenapa sesetengah manusia, bila mahu menyebarkan perkara baik, mesti menggunakan nada-nada yang seperti di atas. Kaedah provokasi. Ada pula kaedah mengarah-ngarah.
Siapa mereka tu nak mengarah-ngarah orang? Mereka mahu berdakwah tetapi menggunakan ayat mengarah-ngarah. Kalau ikutkan dari segi dakwah, memang salah dan bertentangan sama sekali.
Tak bolehkah kalau gunakan kaedah yang baik-baik seperti:
Tak bolehkah kalau gunakan kaedah yang baik-baik seperti:
Contoh:
UNTUK MENGAJAK ORANG MENJAGA KEBERSIHAN:
Hari ini aku berjaya membersihkan sampah di sungai belakang rumah aku. Dulu sungai tu kotor amat. Aku rasa tergerak hati untuk membersihkan sungai itu. Lalu petang itu aku menggunakan tangguk untuk membuang semua sampah di sungai itu.
Aku tidak kisah kotoran melekat di badan aku. Apa yang penting, sungai di belakang rumah aku ni bersih.
ITU KAEDAH DAKWAH YANG LEBIH BAIK SEBENARNYA.
Saya selalu gunakan kaedah seperti ini. Daripada kita mengarah-ngarah, lebih baik kita bercerita sesuatu yang kita lakukan.
Ada sesetengah orang mungkin kata, poyolah! Poyo? Siku atas dahi kamu tu dulu. Sebenarnya poyo dicipta oleh manusia yang berhasad dengki dan inferior. Mereka tidak boleh melihat orang lebih atau berketerampilan. Mereka mahu orang lain low-low atau tidak menonjol. Manusia seperti inilah yang menyebabkan masyarakat mundur.
Cuba perhatikan masyarakat Jepun, dan lain-lain bangsa yang maju dan membangun di dunia ini. Bagi mereka perkara seperti itu tidak poyo, sebaliknya satu cara meledakkan semangat juang.
No comments:
Post a Comment