Sunday, November 9, 2008

CINTA

hm..sy amik artikel ni dari kenalan blog sy...suka gak tgk blog dia...jumpa artikel ni ms xplore blog dia...hope dia xkisah saya copy..msuk dlm blog sy...sowi ea..

Ada orang tanya saya, dia mahu tahu pendapat saya tentang siswa siswi yang bercinta. Peliknya jawapannya dia beri sendiri. Haram! katanya.Bagi saya, tiada qaul yang qat'ie mengatakan cinta itu haram. Islam bukanlah agama jumud yang tidak meraikan naluri manusia. Islam itu sendiri fitrah manusia. Mana mungkin satu agama (baca deen) fitrah menafikan fitrah? Cinta itu juga fitrah. Ia hadir tanpa diundang dan pergi tanpa disuruh. Semua orang ada perasaan cinta. Cuma persoalannya, apa maksud cinta? untuk pencerahan maksud cinta, saya bawakan analogi maksud cinta dan perkahwinan antara filasuf plato dan gurunya..Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya! Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: "Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut". Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:"Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa." Guru itupun berkata:"Itulah cinta" Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinanGuru pun menjawab: "Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan." Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya!tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan!akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah." Lalu sang guru berkata: "Itulah makna perkahwinan."Analogi yang tidak islamic sangat mungkin, yang ingin saya ketengahkan disini ialah sifat fitrah itu. Mengapa mesti menafikan fitrah semulajadi kurniaan Allah? Kebanyakan orang hari ini yang kuat semangatnya dengan Islam kadang2 sering tersilap menanggapi perasaan cinta sendiri yang akhirnya berkeputusan menafikan fitrah mereka. Selalunya mereka pesimis berfikiran negatif kononnya cinta itu lambat laun akan menghanyutkan diri sendiri. Sebelum terlambat, baik perasaan cinta itu dinafikan awal2. Seperti kaedah sadd zarai'e gamaknya.Perlu diingat, fokus saya ialah cinta antara manusia, bukan cinta tuhan atau Rasul. Bukan cinta ibu-bapa. Bukan cinta adik beradik. Yang ini semua semestilah yang paling utama.Ya, cinta itu kadang2 mengasyikkan sehingga sering kali melalaikan. Fakta ini memang tidak dapat disanggah. Tetapi ini bukan bermakna cinta itu perlu dinafikan secara total. Bila disebut kalimah 'cinta', terus terbayang di mata, 2 orang berlainan jantina bercouple berpimpinan tangan di taman bunga sambil berbual2 mesra. Itu persepsi awal kita tentang cinta. Disinilah silap kita sebenarnya. Kita sendiri telah menyempitkan makna dan hakikat sebenar cinta. Bercinta bagi kita sinonim dengan- selalu berjumpa, bergayut di telefon lama2, dating, makan sama2, abang, ayang, dan sebagainya yang akhirnya berakhir dengan adegan yang tidak ingin kita lihat. Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah terpengaruh dengan momokan media, fahaman mereka..itulah cinta.. Lihat saja drama2, cerekarama, telenovela dan yang seumpama dengannya yang berkisar seputar cinta. Cinta hanya itu, pusing2 itu, sana sini situ..hanya itu..makna dan hakikat sebenar tentang cinta telah disempitkan.Cinta itu asalnya neutral, ada negatif dan ada positifnya. Kaedah fiqhiyah ada menyatakan 'asal sesuatu perkara itu adalah harus'. Harus di sini bermaksud dibolehkan, bukan seperti di sesetengah tempat yang maksudnya 'kena buat'. Kita bukan nabi atau wali dalam erti kata sebenarnya yang mampu untuk memusatkan cinta hanya untuk Allah. Kita sebagai orang awam hanya mampu untuk bercinta kerana Allah. Perhatikan prosa 'cinta Allah dan bercinta kerana Allah'. Lain..Kita..ya..kita sendiri sebenarnya yang mencorakkan warna cinta yang sepatutnya melandasi sempadan al-Quran dan as sunnah. Cinta tidak semestinya bermaksud kerap berjumpa dan berhubungan. Tidak juga bermaksud mesti selalu berchatting walaupun tidak pernah bersua muka. Kita sebenarnya yang bertanggungjawab men'syarie'kan cinta itu. Pokoknya bergantung kepada diri sendiri. Cinta yang terbaik adalah cinta kerana Allah dan berakhir dengan ikatan pernikahan.Saya tidak menafikan kesan negatif ketika bercinta, permulaanya berjalan penuh aman harmoni dan islamic, akhirnya terjerumus ke lembah maksiat zina, nauzubillah. Itu semua bukan salah cinta, itu salah sikap orang yang tidak pandai mengawal cinta. Cinta yang pada mulanya fitrah kemudian sedikit demi sedikit dibiarkan diselaputi nafsu yang akhirnya keduanya tewas.Bagi saya, jika bercinta itu kerana Allah dan yakin sepenuh hati bahawa pasangannya itu akan menjadi isteri/suaminya tiada masalah. Teruskan..Tafaddhol..Tapi..sepatut dan sewajibnya masa bercinta itu tidak dipenuhi dengan perkara2 lagho tidak berfaedah yang seharusnya dijauhi. Pastikan segala tatatertib perhubungan secara Islam ditunaikan. Kalau ingin berjumpa sangat pun, berjumpalah di rumah berserta ibu dan bapa pasangan masing2. Yang sebaiknya waktu bercinta itu tidak terlalu lama kerana dikhuatiri terjerumus dengan perkara2 dosa dan maksiat.Tetapi bagi yang merasakan cinta itu hanya menjauhkan dirinya dari Allah, diselangi pula dengan perbuatan2 keji dan maksiat yang akan menjahanamkan dirinya..jauhkanlah..putuskan hubungan tersebut..Itu bukan lagi cinta fitrah, tapi ianya telah didasari oleh nafsu dan syaitan.sekian.p/s: saya yakin ramai yang tidak sependapat dgn saya dlm hal ini, perlu diingat..saya tidak bermaksud bermudah dan beringan2 dlm soal hukum, juga tidak terlalu ekstrim dan syadid, saya mengambil jalan pertengahan. bukankah 'khoirul umur awsotuha'?..syukran =)

No comments: